Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Kereta Peronda Polis Dilanggar Myvi Dipercayai Dipandu Pemandu Mabuk

Tular satu rakaman video dashcam memaparkan kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dipercayai Perodua Myvi melanggar kereta polis peronda pada semalam (6/2/2020) kira-kira jam 3.44am.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Sapadu.

Menurut info yang dipetik dari laman facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, sebuah kereta polis dari IPD Shah Alam telah diarahkan untuk membantu sebuah lagi kereta polis dari Balai Polis Seksyen 6 yang mengalami kerosakan.

Tiba-tiba sebuah kereta jenis Myvi telah melanggar kereta kereta polis yang diparkir di tepi Lebuhraya berkenaan dari arah belakang.

Info Roadblock JPJ/POLIS turut mendakwa pemandu awam berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berkenaan berlaku.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan daripada insiden itu.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.