Isu keselamatan merupakan elemen yang harus dititikberatkan dalam semua perkara termasuklah ketika bersukan. Pelbagai perkara yang boleh terjadi jika ciri-ciri keselamatan tidak dipatuhi.
Oleh itu, satu projek inovasi telah dijalankan pada peringkat UITM bagi mengubahsuai headgear yang digunakan dalam sukan rugbi dengan mandibular chin strap.
Alat ini telah diubah suai bagi menjamin keselamatan para atlet untuk melindungi bahagian muka yang pernah mengalami kecederaan.
“Modified protective sport head gear with mandibular chin strap” yang diubahsuai ini adalah untuk pemain hoki kebangsaan dan Unikl, Tengku Ahmad Tajuddin dan telah mendapat kebenaran dari penganjur liga hoki Malaysia.
https://www.facebook.com/azmeel.mazlee/videos/pcb.10157891201757230/10157891194622230/?type=3&theater
Pengubahsuaian headgear bersama mandibular chin protector ini adalah untuk pemain hoki yang mengalami patah pada bahagian rahang.
Material khas yang tahan terhadap hentakan telah digunakan dalam mengubahsuaian ini.
Hal ini kerana ramai atlet negara yang tidak menggunakan face protective gear selepas alami kecederaan pada bahagian muka.
Sumber: Azmeel Mazlee