Siakap Keli
Gambar: Daily Sun

(Video) Rakaman Bumi Turki ‘Muntahkan Darah’ Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang berlaku di Turki pada bulan lalu tidak terhenti setakat itu sahaja. Perkara itu ekoran terdapat satu fenomena aneh dan jarang berlaku sehingga mengejutkan warganet.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, daratan di satu kawasan itu seolah-olah ‘berdarah’ dipercayai akibat daripada gegaran gempa bumi.

Gambar: Daily Star

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman kira-kira 9 batu berdekatan daerah Sivrice di wilayah timur Turki Elazig. Tidak lama selepas itu, wilayah tersebut terus digegarkan oleh siri gempa susulan yang berkisar antara 5.4 hingga 3.3 magnitud.

Pun begitu, punca sebenar air berwarna merah yang mengalir daripada tanah itu tidak dapat dipastikan. Namun, pelbagai spekulasi yang timbul ekoran penemuan aneh itu.

Terdapat ulasan daripada Reddit yang mengatakan bahawa ianya merupakan pewarna yang dibekalkan ke dalam air bagi mengesan kebocoran. Pun begitu, kenyataan itu dicabar kerana tidak masuk akal sedangkan boleh menggunakan warna yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

Sumber: Daily Star

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra