Siakap Keli

(Video) TERKINI: Terlajak Ketika Mendarat, Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga & Terbakar

Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terlajak di landasan ketika mendarat dan melanggar tembok jalan menyebabkan badan pesawat pecah kepada tiga bahagian serta terbakar, dalam kejadian yang berlaku di Turki.

Pesawat untuk penerbangan domestik itu dilaporkan berlepas dari Izmir menuju ke Instabul membawa seramai 177 orang penumpang. Bagaimanapun, pesawat jenis Boeing 737 itu dilaporkan terlajak ketika mendarat di atas landasan licin di Lapangan Terbang Sabiha Gocken.

Beberapa keping gambar serta klip video kejadian turut tersebar di media sosial yang menunjukkan kerosakan teruk dialami pesawat berkenaan.

Jurucakap lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba. Bagaimanapun, sekurang-kuranganya 21 orang penumpang cedera.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.