Siakap Keli
Gambar: Khaleej Times

Arab Saudi Ancam Koyak Pasport Rakyat Yang Berniat Nak Ke China

Ekoran wabak global Koronavirus yang semakin membimbangkan, Arab Saudi pula mengenakan sekatan penerbangan ke negara China.

Kejaraan Arab Saudi telah menghalang rakyatnya daripada pergi ke China dan memberi amaran akan mengoyak pasport sesiapa sahaja yang melanggar arahan tersebut.

Jabatan Imigresen Arab Saudi akan menggunakan ‘peruntukan peraturan mengenai dokumen perjalanan’ kepada warganegara yang mengembara ke negara Asia.

Gambar Hiasan via Arabnews

Walaupun kes Koronavirus belum di kesan di Arab Saudi, lima kes termasuk empat dari Wuhan telah disahkan di negara jiran, UAE.

Lima belas negara dan wilayah lain telah mengenakan beberapa bentuk sekatan perjalanan ke China. Perkara ini membawa maksud bahawa Arab Saudi merupakan negara ke 16 yang melaksanakan larangan ini.

Wabak Koronavirus sehingga kini telah mengorbankan sehingga 638 orang dan sebanyak 31,481 kes dilaporkan.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra