Siakap Keli

Doktor Yang Cuba Beri Amaran Awal Koronavirus Tetapi Dituduh Sebar Berita Palsu Dilaporkan Meninggal Dunia

Seorang doktor China yang diangkat sebagai hero kerana cuba untuk memberi amaran berkenaan koronavirus pada awal-awal penularan virus itu telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Doktor Li Wenliang, 34, cuba untuk memberitahu kepada rakan-rakan doktornya berkenaan dengan wabak tersebut pada akhir Disember lalu. 3 Hari kemudian, pihak polis datang berjumpa dengannya dan menyuruhnya untuk berhenti berbuat demikian.

Dia telah memuat naik kisahnya itu di katil hospitalnya pada bulan lalu di laman sosial Weibo.

“Hai semua, saya Li Wenliang, saya seorang ophthalmologist di Hospital Wuhan,” permulaan muatan tersebut.

Pada 30 Disember, dia telah menhantar mesej kepada rakan-rakan doktornya di dalam satu perbualan group untuk memberi amaran kepada mereka berkenaan dengan wabak tersebut dan menasihatkan mereka untuk memakai sut perlindungan bagi mengelakkan daripada dijangkiti dengan virus tersebut.

4 hari kemudian dia telah dipanggil oleh Biro Keselamatan Awam dimana dia telah disuruh untuk menandatangani sepucuk surat. Dalam surat tersebut, dia telah dituduh “menyebar khabar angin” serta “menganggu ketenteraman awam”.

“Kami sekeras-kerasnya memberi amaran kepada anda: Jika anda tetap berdegil meneruskan perbuatan ini, anda akan diheret ke muka pengadilan, adakah anda faham?” tulis surat tersebut. Dr Li menjawab dengan menulis: “Ya, saya faham.”

Dia merupakan salah seorang daripada 8 orang yang disiasat kerana menyebarkan khabar angin.

Pada pengakhir Januari, Dr Li telah menerbitkan salinan surat di Weibo yang menjelaskan tentang situasi yang terjadi di Wuhan. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan telah memfailkan permohonan maaf kepadanya namun ianya sudah agak terlambat.

Dr. Li dilaporkan telah ditahan di wad pada 12 Januari lalu selepas disyaki dijangkiti dengan virus itu daripada pesakitnya, dan kemudiannya telah disahkan menghidapi wabak novel koronavirus itu pada 1 Februari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut memuat naik satu tweet melaporkan kematian Dr. Li.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.