Anak-anak diibaratkan seperti kain putih. Ibubapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka. Oleh itu, ibubapa perlulah mendidik anak-anak dengan cara yang betul supaya mereka tidak tersilap langkah apabila meningkat dewasa.
Kasih sayang dan didikan yang terbaik akan menjadikan setiap anak berjaya dalam kehidupan mereka. Tiada ibubapa yang mahu melihat anak-anaknya gagal dalam kehidupan mereka.
Namun begitu, setiap ibubapa juga manusia biasa. Mungkin terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak. Menurut perkongsian Parent Connect mengenai kesilapan ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak yang harus dielakkan.
DUA KESILAPAN yang sering dilakukan oleh ibubapa:

1) Tidak membenarkan ataupun tidak mengajak anak untuk membantu dengan tugasan rumah kerana merasa bahawa anak akan melambatkan tugasan. Ibubapa juga merasa yang anak akan berbuat silap dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
2) Menawarkan ganjaran sekiranya anak membantu dengan tugasan di rumah.
KESILAPAN pertama memberi isyarat kepada anak bahawa ibubapa tidak mempercayai keupayaannya untuk melakukan sesuatu.
KESILAPAN kedua pula memberi isyarat bahawa ganjaran PERLU diminta ataupun diberikan jika membantu ayah atau ibu dengan tugasan di rumah.
HAKIKATNYA kanak-kanak dari usia seawal 1.5 tahun sentiasa teruja untuk membantu ayah dan ibu di rumah TANPA mengharapkan apa-apa ganjaran. Mereka teruja untuk melakukannya walau tidak disuruh. Adakalanya mereka sendiri meminta untuk melakukan sesuatu yang biasa dilihat dilakukan oleh ibubapa.
Betul tak?
Anak-anak dilahirkan seumpama kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Sumber: Parent Connect