Siakap Keli
Kredit: Al Arabiya

Etnik Uighur Risau, China Guna Alasan Koronavirus Atas Kematian Dalam Kem Tahanan

Etnik Uighur dan saudara mara yang dipenjarakan di kem-kem tahanan berkata hidup mereka dalam ketakutan dan mendakwa kerajaan China menutup kematian Uighur dengan wabak Koronavirus.

Lebih dari satu juta etnik Uighur dikatakan ditahan tanpa perbicaraan atau tuduhan di pusat tahanan Xinjiang. Tindakan kerajaan China untuk menyekat populasi etnik itu di negara tersebut.

Kerajaan China menegaskan bahawa kem tahanan tersebut di bina untuk mendidik semula dan memerangi golongan pelampau. pada bulan Disember lalu, seorang pegawai kanan mendakwa semua yang ditahan telah ‘tamat pengajian’.

Tetapi menurut aktivis, tiada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan yang dikeluarkan kerajaan China. Aktivis mendakwa lagi, pelbagai dugaan yang diterima oleh penghuni tahanan tersebut, mereka terseksa fizikal dan mental serta menjadi eksperimen dadah.

Pihak berkuasa China telah mengesahkan wabak Koronavirus kini telah merebak ke wilayah Xinjiang. Keluarga mangsa tahanan sangat prihatin dengan keadaan kem tersebut kerana terlalu sesak dengan manusia serta keadaan kesihatan tidak baik. Mereka hanya takut jika kes wabak ini menutup isu tahanan ini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Bahram memberitahu media bahawa dia tidak tahu sama ada ayahnya yang merupakan seorang wartawan itu hidup atau sudah meninggal dunia selepas dipenjara sejak tahun 2018.

Menurut Bahram lagi, orang di sana sangat mudah meninggal dunia berbanding penyebaran virus. Dia juga menyoal kepada kerajaan China yang sanggup kuarantin 50 juta rakyat tetapi tidak menutup kem tersebut.

“Saya tidak akan hentikan aktivis saya selagi tidak ketemu dengan ayah sama ada dia mati atau masih hidup,” katanya lagi.

Sama seperti wanita yang dikenali sebagai Aini ini menceritakan pengalamannya di mana kakak kandungnya telah di hantar untuk menerima pengajian oleh kerajaan China sejak tahun 2016.

Setelah empat tahun menjalani pengajian, keluarganya masih lagi tidak dapat berhubung dengan kakaknya. Tiada maklumat sebenar tentang kakaknya kerana menangani perjanjian tidak pernah menghubunginya yang dikatakan sedang belajar di luar negara.

“Kali terakhir dapat hubunginya, dia sempat berkata dia tidak akan pulang ke China dan akan dimasukkan ke dalam kem tahanan,” kata Aini.

Aini berkata kini hidupnya dalam kekejaman berterusan oleh kerajaan dan mengatakan kematian kakaknya itu kerana Koronavirus.

“Seluruh etnik Uighur bimbang tentang kerajaan China akan melakukannya dengan sengaja. Mereka akan membunuh orang dalam tahanan dan kemudian menggunakan alasan mereka meninggal dunia akibat wabak virus tersebut. Mereka akan terus memeikirkan hal ini secara berterusan.”

“Saya dan keluarga berharap pihak PBB akan melakukan sesuatu.”

Sumber: Metro.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)