Siakap Keli

KKM Minta Majikan Beri Cuti Sakit Berbayar Jika Staf Mendapat Perintah Kuarantin Dari Doktor

Kementerian Sumber Manusia telah mengurus garis panduan buat majikan dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit berjangkit termasuk wabak koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Garis panduan ini telah dikeluarkan oleh KKM susulan kebimbangan dan isu serius yang diutarakan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia terhadap pekerjaan yang berkaitan dengan jangkitan koronavirus.

Terdapat lima tindakan dalam garis panduan yang boleh diambil oleh majikan dalam menangani situasi tersebut.

  1. Majikan disarankan untuk mengarah pekerja menjalankan pemeriksaan dengan kadar segera, dengan perbelanjaan ditanggung oleh majikan dan pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang ditetapkan mengikut Seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955.
  2. Pemberian emberi cuti sakit berbayar atau kelayakan hospital semasa tempoh kuarantin kepada pekerja yang dikenakan perintah kuarantin oleh pengamal perubatan berdaftar, tidak kira sama ada pekerja dikuarantin di rumah atau di hospital.
  3. Majikan digalakkan untuk memberikan imbuhan tambahan kepada pekerja jika perintah kuarantin melebihi cuti sakit atau kemasukan ke hospital dan memberikan gaji penuh kepada pekerja yang mendapat perintah kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar dari negara-negara dengan kes-kes 2019-nCoV kerana kewajipan rasmi atau arahan daripada majikan.
  4. Majikan juga tidak boleh menghalang  pekerja daripada datang bekerja jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar, bagaimanapun, mereka dibenar mengarahkan pekerja yang tidak sihat untuk tidak datang ke tempat kerja dengan menyediakan cuti sakit berbayar kepada pekerja.
  5. Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja, dengan apa cara sekalipun, untuk menggunakan kelayakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin.

Sumber : BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul