Kebakaran hutan di Australia yang dipercayai tercetus penghujung tahun lepas telah menyaksikan berjuta-juta ekar kawasan hutan musnah dijilat api.
Kebakaran yang telah membunuh lebih 480 juta hidupan liar yang tinggal di hutan sekitar New South Wales itu bukan sahaja memberi impak negatif kepada hidupan liar, malahan ianya juga turut memberi kesan yang buruk kepada manusia.
Hampir satu pertiga spesis koala yang hidup di hutan tersebut dilaporkan terbunuh akibat daripada kebakaran hutan itu.
Terkini, foto-foto hutan yang musnah akibat kebakaran tersebut kembali pulih telah tular di media sosial.
Tumbuhan hijau dapat dilihat mula menghiasi hutan-hutan yang rentung dijilat api sebelum ini.
Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakamkan selepas daripada tragedi tersebut:
Sumber: We Don’t Deserve This Planet