Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Today Singapore

Singapura Rancang Satu Lagi Penerbangan Membawa Pulang Rakyatnya Dari Wuhan

SINGAPURA, 7 Feb (Bernama) — Singapura merancang untuk mengadakan satu lagi penerbangan bagi membawa pulang rakyatnya dari Wuhan, pusat wabak Novel Koronavirus 2019.

Penerbangan pertama sebelum ini berjaya memindahkan 92 rakyat Singapura dari Wuhan pada 30 Jan.

Menurut jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu, kementerian akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkenaan di China berhubung rancangan kami untuk mengadakan satu lagi penerbangan bagi membawa pulang rakyat Singapura di sana.

Menurut jurucakap itu, langkah itu sebagai tindakbalas terhadap pertanyaan media mengenai sama ada terdapat perancangan untuk membawa pulang lagi rakyat Singapura dari Wuhan, di Wilayah Hubei ke Singapura.

Kementerian itu menggesa rakyat Singapura di Wuhan dan bandar lain di Wilayah Hubei yang masih belum menghubungi Kedutaan Singapura di Beijing atau MFA dan yang ingin pulang ke Singapura agar berbuat demikian secepat mungkin.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa