Umum sudah mengetahui bahawa tugas polis adalah memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Namun begitu, di sebalik kesenangan yang dikecapi pada hari ini, terdapat anggota polis yang berkorban nyawa, masa dan tenaga bagi memastikan keselamatan masyarakat terpelihara.
Disebabkan pengorbanan tersebut, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil keputusan untuk menghargai anggota polis dengan cara mereka tersendiri. Begitulah situasi seperti yang dikongsikan di halaman Polis Trafik Shah Alam yang memaparkan foto makanan ditinggalkan di atas motosikal polis.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2552805111513839&id=1400134060114289&__xts__[0]=68.ARDQ3YHD436VmdJuBfd-UKpeR5Ale9lUCbRo7X8qYjHEpcQI6X3JvuH6PK0arFlTD-9Fx1_r_zF_l9J4hFl0qPPJvX5SUVSPSvR0QooRQpmIj5qqNnqrAIlpOQtvZP0wn6s2WvObCJSfA6TKU5eVnY4ZwBNnXYCVZz_VpX_u9tf0mfUEusP9khBldl5-4-HQBxr1Yp1Y8QkbSPIiNixrGZnj8Vnvy7O5UPFBvjY6vw7VVZxbNa8sUOO4v18B6JVmQ_BbHb_3ygZlTGPKJ0VI6lMArx3GHuL-HCby-iHdUsheWcDtvy2A8EoqilHKgHawkiOd8FqzfdelzH3upw4fsaH-MpIa&__tn__=-R
Pemberi ‘misteri’ itu bukan sahaja meninggalkan makanan, malah turut meninggalkan satu nota dengan ucapan penghargaan kepada pihak polis.
Assalamualaikum Encik,
Ada sedikit hadiah dari saya. Anggap la ini satu penghargaan terhadap pegawai polis yang dah banyak berjasa pada negara. Terima kasih Encik! Enjoy your breakfast.
Perkongsian foto berkenaan telah mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen. Malah, ada yang turut berterima kasih kepada anggota polis yang sentiasa komited menjalankan tugas.
“Inilah contoh yang patut kita ikuti”
“Contoh budaya masyarakat bermoral dan kesedaran sivik yang tinggi”
Sumber: Polis Trafik Shah Alam