Siakap Keli

(Video) Pak Cik ‘Cleaner’ Tinggalkan RM7,000 Dekat Balai Polis Mohon Hantarkan Ke Pusat Rawatan Wuhan

Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 565 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan, antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengurangkan risiko berjangkit.

Menerusi perkongsian video di halaman South China Morning Post, seorang pekerja lelaki melakukan tindakan yang sangat murni sehingga menarik perhatian ramai.

Daripada rakaman tersebut, pekerja kebersihan itu dilihat memasuki kawasan balai polis dan meletakkan wang simpanannya bersama sepucuk surat. Tanpa mengambil masa yang lama, lelaki itu dilihat terus beredar daripada tempat berkenaan.

Pekerja kebersihan itu telah meletakkan wang simpanannya yang berjumlah 12,000 yuan bagi menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada pihak yang bertungkus lumus ‘melawan’ wabak Koronavirus.

Melihat kepada isi surat berkenaan, lelaki tersebut meminta agar wang itu dihantarkan ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wuhan. Tambahnya, pemberian itu adalah salah satu penghargaan daripadanya atas usaha mereka selama ini.

Sila hantar ke Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Wuhan. Untuk meraikan pekerja perubatan yang berani. Ianya adalah satu penghargaan daripada saya.

Pekerja kebersihan itu hanya memperolehi sebanyak 600 yuan pada setiap bulan. Setelah mengetahui mengenai wabak global tersebut, dia mengambil keputusan untuk menyumbangkan simpanannya.

Sumber: South China Morning Post

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra