Siakap Keli

Koronavirus: Sabah Perluas Sekatan Perjalanan Berkuat Kuasa Esok

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) — Kerajaan Sabah memperluaskan sekatan perjalanan ke semua pintu masuk melalui udara, laut atau darat, berkuat kuasa serta-merta mulai esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.

Beliau berkata sekatan perjalanan itu akan melibatkan semua warga asing serta warganegara Malaysia (bukan pemastautin Sabah) dengan sejarah perjalanan baru-baru ini ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari yang lepas, yang tidak akan dibenarkan masuk ke negeri ini.

“Mana-mana rakyat Sabah, pemastautin tetap Sabah dan penduduk Sabah dengan pas kerja, pas pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau apa-apa perintah pengecualian, pulang dari tanah besar China adalah tertakluk kepada kuarantin rumah selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Safar berkata sekatan perjalanan itu juga dikenakan kepada semua penumpang transit yang berasal dari atau melancong melalui tanah besar China kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

“Rakyat China yang masih di Sabah dinasihatkan supaya pulang sebelum tamat visa mereka. Sekiranya visa tamat tempoh, hanya satu pelanjutan visa, hingga maksimum tujuh hari, boleh diberikan,” katanya.

Sekatan perjalanan berkenaan adalah perintah larangan sementara oleh kerajaan negeri berikutan penularan koronavirus pada masa ini, katanya.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: