Siakap Keli

Lepas Kebakaran Hutan Dan Banjir, Australia Dijangka Dibadai Ribut Damien

Seperti semua sedia maklum, sejak 3-4 bulan ini Australia menerima pelbagai jenis bencana alam, bermula dari kebakaran hutan, banjir dan yang terbaru hari ini Australia dibadai angin kencang dan diramai bakal menerima ‘kedatangan’ ribut Damien di sebelah barat negara itu.

Kejadian ini berlaku serentak dengan hujan lebat yang sedang melanda timur Australia. Menurut Biro Kaji Cuaca, sehingga jam 10 pagi tadi, ribut Damien ini dikelaskan sebagai ribut kelas 3 dan dijangkan kelajuan angin mencecah 150 kilometer sejam.

“Angin yang sangat kencang, hujan yang sangat lebat dan ribut dijangka melanda, ketika Damien melepasi kawasan pantai berhampiran Dampier, awal tengah hari nanti,” kata agensi berkenaan menerusi Twitter.

Sumber: Reuters

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)