Siakap Keli

Simpan Cita-Cita Nak Jadi “Pilot”, Adik ‘Istimewa’ Qalesya Mohon Sumbangan Nak Tangan Robot

Sebagai seorang manusia, mengejar cita-cita atau impian dalam hidup bagaikan sudah menjadi lumrah. Ada sesetengah orang tidak terlalu mengejar cita-cita dan hanya mengikut sahaja apa yang ditakdirkan. Ada pula yang bersungguh-sungguh berdoa dan berusaha supaya cita-cita yang diimpikan tercapai.

Sama seperti kisah adik Qalesya yang menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang apabila sudah dewasa nanti. Untuk pengetahuan pembaca, adik Qalesya adalah kembar 3 dan dia seorang sahaja yang dilahirkan istimewa kerana tidak mempunyai tangan sebelah kiri.

Siakap Keli dapat berhubung dengan ibu kepada Qalesya dan meurut ibunya sekarang Qalesya berusia 10 tahun dan memohon sumbangan orang ramai untuk mendapatkan tangan robot untuk dia mengejar dan mencapai cita-cita impiannya sebagai juruterbang.

Kisah Qalesya ini sampai ke pengetahuan program Sadaqa House. Menurut Pengurus Kanan Pusat Kewangan Sosial Bank Islam Malaysia Berhad, Ustaz Zikri, Sadaqa House ini ialah sebuah platform pendanaan awam berasaskan kebajikan (charity crowdfunding platform) yang diuruskan oleh Pusat Kewangan Sosial, Bank Islam Malaysia Berhad.

Semua dana sumbangan orang ramai melalui Sadaqa House akan diuruskan dengan profesional oleh Sadaqa House mengikut amalan urustadbir korporat.

Jadi semua change-maker dan penerima bantuan akan ditapis dan dinilai oleh Sadaqa House dengan teliti sebelum dana sumbangan orang ramai disalurkan kepada penerima bantuan.

Jadi, jika anda ingin menyumbang kepada tangan robot adik Qalesya boleh salurkan bantuan ke nombor akaun yang tertera dibawah. Bukan sahaja, adik Qalesya malah akan ada ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengan Qalesya akan menerima bantuan dari Sadaqa House.

SADAQA HOUSE
140 140 101 88888
Bank Islam Malaysia Berhad

 

Sumber: Sadaqa House, Sujana Rejab

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)