Siakap Keli

Ibu Merana Anak Hidap Selsema Maut Selepas Tak Divaksin Kerana ‘Termakan’ Nasihat Antivaksin

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di Colorado dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu akibat selesema selepas sebuah group komuniti anti-vaksin di Facebook menyarankan ibu kanak-kanak tersebut untuk memberi anaknya itu buah beri dan susu badan berbanding vaksin bagi merawat penyakit selesema yang berlarutan ditanggung anaknya itu.

Satu paparan screenshot perbualan diantara ibu kepada kanak-kanak itu dengan beberapa ahli group anti-vaksin tersebut memaparkan pertanyaan nasihat yang dibuat oleh ibu tersebut selepas ketiga-tiga anaknya itu didiagnos selesema, dengan anaknya yang berusia 4 tahun itu mencatatkan suhu badan paling tinggi.

“Ya ianya sangat menakutkan apabila doktor menyarankan saya serta dua lagi anak saya untuk makan ubat bernama tamiflu bagi mengelakkan diri kami dijangkiti,” tulis ibu tersebut dalam ruangan komen.

“Lebih baik kamu perbanyakkan pengambilan Vitamin D dan C, buah beri, Zink, dan banyak makan buah-buahan serta sayur-sayuran,” jawab seorang ahli group berkenaan. Ahli-ahli group yang lain juga turut mengesyorkan “sumber semula jadi” termasuk susu badan serta herba, lapor NBC.

“Okay baiklah, saya akan mencubanya,” jawabnya.

Ketiga-tiga anaknya itu telah dilaporkan menghidapi selesema, manakala seorang lagi demam panas. Tidak seorang pun diantara mereka dilaporkan diberi vaksin bagi merawat penyakit selesema itu, dan ibu mereka itu juga didakwa tidak memberikan anak-anaknya itu ubat Tamiflu seperti yang disaran oleh doktor.

Anaknya yang berusia 4 tahun itu kemudiannya telah dibawa ke hospital dan seterusnya dipasangkan dengan mesin sokongan hayat sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Colorado telah mengesahkan kematian berkenaan pada NBC.

Semua muatan berkenaan kanak-kanak tersebut di group berkenaan telah dipadamkan, lapor NBC. Namun group itu dilaporkan masih lagi aktif. Sehingga kini group tersebut mempunyai ahli sebanyak 178,291 orang.

Sumber: Insider

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.