Siakap Keli
Foto: Sumber Facebook

Tinggalkan Kereta Lepas Tayar Pancit, Pencuri Sumbat 3 Ekor Lembu Dalam Honda Odyssey

KUANTAN, 8 Feb – Cubaan mencuri tiga ekor lembu yang disumbat dalam sebuah kereta jenis Honda Odyssey gagal selepas dipercayai satu daripada tayar kenderaan itu pancit menyebabkan ia ditinggalkan berhampiran sebuah kilang kelapa sawit di Chini, Pekan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata pemeriksaan terhadap kereta berwarna hitam itu pada 8.00  ini, menemukan tiga ekor lembu berhimpit di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut.

“Ternakan itu ditemukan dalam keadaan lemah dipercayai akibat dibius untuk memudahkan ia dimasukkan ke dalam kereta itu, yang dipercayai didaftarkan di negara jiran kerana tidak mempunyai nombor pendaftaran.”

“Bagaimanapun, lembu itu telah diserahkan kepada pemiliknya, seorang warga emas berusia 65 tahun dari kawasan berhampiran. Pemiliknya dinasihatkan merujuk kepada pihak veterinar bagi rawatan ternakan itu, jika perlu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Razli berkata kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.