Siakap Keli
Foto: Video Sharul kamal

(Video) Laung Azan Macam Dalam TV, Suara Merdu Pemuda Ini Buat Imam Mesir Pun Terpegun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular satu video di mana menunjukkan seorang lelaki mengalunkan azan macam dalam tv dengan suara yang sangat lunak merdu berserta gaya yang selamba di hadapan imam masjid di Cairo, Mesir.

Rakaman yang berdurasi hampir dua minit itu telah membuatkan ramai yang mendengarnya terpegun seperti mendengar azan di dalam TV.

Sharul Kamal ini merupakan seorang selebriti baharu tanah air. Beliau melaungkan azan macam dalam tv. SubhanaAllah.

“Sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis”

Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting dan kawasan ni memang tempat bilal dulu-dulu azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh.

Menurut Sharul Kamal semasa dihubungi, beliau sedang menjalani sebuah dokumentasi untuk rancangan televisyen tempatan di masjid tersebut dan tidak menyangka imam masjid tersebut berada disitu dan meminta untuknya sambung azan sehingga habis.

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mendoakan kejayaannya dalam bidang lakonan dan nyanyian di Malaysia.

Dalam pada masa itu, rata-rata netizen memuji kesedapan suara jejaka ini ketika melaungkan azan di salah sebuah masjid di Cairo, Mesir.

“Kau azan memang padu teruk”

“jelesnya tengok dia boleh azan macam dalam tv”

“Lain macam padu dia”

“rilek je azan tangan dalam kocek”

Bukan semua dapat keistimewaan ni…

Sumber: Sharul kamal

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)