Siakap Keli
FOto: Dailymail

(Video) Pesakit Koronavirus Di Wuhan Dakwa Diberi Makan Daging Labi-Labi, Yakin Boleh Sembuh

Isu pesakit yang dikuarantin di salah satu Hospital Khas Koronavirus di Wuhan disajikan dengan daging labi-labi untuk hidangan makan malam telah dibangkitkan.

Menurut salah seorang pesakit mendakwa mereka yakin sajian daging yang dihidang adalah labi-labi (Softshell Turtle) yang berasal dari negara tersebut. Daging labi-labi mempunyai protein yang tinggi serta dapat membantu orang sakit sembuh lebih cepat.

“Makan hari ini termasuklah daging penyu yang lembut,” kata salah seorang pesakit di dalam video tersebut.

Daging labi-labi tersebut dimasak untuk dijadikan sup kerana ia lebih berkhasiat. Malah, mereka mendakwa, labi-labi yang mempunyai cengkerang yang lembut yang juga dikenali sebagai ‘jia yu’ dianggap sangat berkhasiat dalam perubatan Cina.

Orang Wuhan percaya bahawa labi-labi tersebut dapat membantu menyembuhkan pesakit dengan cepat.

Wartawan berita bebas China telah menerbitkan video yang telah diambil oleh beberapa pesakit di dalam hospital Koronavirus itu.

Pesakit pertama seorang wanita berkata “saudara-saudara lihatlah, anda sedang berjuang di barisan depan dan kami sedang berjuang di barisan hadapan anda.”

Namun, dalam video tersebut menunjukkan salah seorang pesakit di wad tersebut menunjukkan hidangan makan malam mereka yang terhidang dengan daging labi-labi yang sangat lembut.

Penyakit berjangkit ini telah membunuh lebih 600 orang dan ahli sains China mendakwa penyakit ini di bawa oleh kelawar dan ular terus menyebarkan virus tersebut kepada manusia. Wabak Koronavirus ini telah mengorban nyawa seramai lebih 600 orang di 28 negara yang terlibat. Namun begitu, 99% berlaku di China.

Wabak ini juga telah menyebabkan WHO mengistiharkan Public Health Emergency di seluruh dunia.

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)