Siakap Keli

Wanita Berjaya Turun Berat, Saiz Baju Dari 10XL Ke L Selepas Konsisten Amal Diet Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang inginkan bentuk badan ideal bagi membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Umum telah mengetahui bahawa, dengan memiliki bentuk badan yang jatuh dalam kategori obesiti pastinya akan memberi pelbagai impak yang negatif kepada kesihatan serta aktiviti sihat yang mahu dilakukan.

Untuk memiliki bentuk badan yang ideal ini bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana, pelbagai onak duri perlu ditempuhi bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Bagi memberi motivasi serta inspirasi kepada sesiapa yang dalam usaha menurunkan berat badan, seorang pengguna Facebook bernama Norliana Norhan Anne ada berkongsikan gambar dan kisahnya dalam usaha mendapatkan berat badan yang ideal. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Assalamualaikum semua sahabat Diet Suku Suku Separuh (DSSS). Saya newbie kat sini just nak share pic sebelum dan selepas amalkan DSSS, berpuasa, cut air manis, perbanyakkan air suam dan sedikit exercise setiap hari bermula dari tahun 2017 sehingga kini dan inilah hasilnya.

Tetapi bukan mudah journey untuk kuruskan badan ni perlu banyak kesabaran dan jangan putus asa. Berat saya sebelum ni 150kg dengan tinggi 172cm bayangkan betapa sasa badan saya ketika itu.

Dikutuk dihina diperli oleh manusia sekeliling adalah kebiasaan bagi orang macam saya. Nak berfesyen? Jangan bermimpi disiang hari sebab memang takde size baju dan seluar hanya pakai kain getah je.

Syukur pada Allah S.W.T kerana bukakan hati untuk saya terus istiqomah sehingga kini. Alhamdulillah yang dulu saya mengenakan baju size 10XL kini size L/M. Saya doakan kepada rakan-rakan dalam group DSSS ni juga akan berjaya insyaAllah. Teruskan usaha dan jangan patah semangat kerana dimana ada usaha pasti ada kejayaannya.

Sumber: Norliana Norhan Anne

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.