Siakap Keli
Foto: Repair Gambar Lama

Gambar ‘Kerusi’ Pengarah P. Ramlee Muncul Kembali Setelah 55 Tahun Tanpa Pemilik Asal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun hampir empat dekad sudah seniman terkemuka Tanah Air meninggal dunia tetapi filem dan kata-katanya tidak pernah dilupakan. Tidak dinafikan sebilangan besar anak-anak muda kini yang tidak pernah mengenalinya secara dekat sebaliknya karya-karyanya mendekatkan kita dengannya.

Idea dan falsafah yang dikeluarkan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sangat ‘kena’ dengan masyarakat kini walaupun ketika itu dunia masih jauh dengan teknologi moden sekarang.

Perkongsian menarik ini daripada laman Facebook Repair Gambar Lama yang menaikkan semula perbezaan gambar momen-momen Tan Sri P Ramlee sebagai pengarah filem dahulu.

“Setelah 55 tahun, kembalinya kerusi ini tanpa pemilik asalnya…” 

Kerusi pengarah ini kembali semula ke lokasi setelah 55 tahun. Tetapi kembalinya kerusi ini bersendirian tanpa pemilik asalnya.

Inilah lokasi penggambaran babak Lodging Mak Minah menerusi filem Masam-Masam Manis arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1965.

Bukan senang nak dapat duduk di atas kerusi seorang seniman agung dalam dunia Melayu. Kerusi ini juga mempunyai polisi insurans yang tinggi dan bukan perkara yang mudah untuk disentuh apa lagi mahu duduk di atasnya tanpa pemantauan dari pihak Arkib Negara.

Inilah sebahagian projek terbaharu kami dari Repair Gambar Lama, Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik dengan Kerjasama Arkib Negara Malaysia dalam usaha menjejaki semula lokasi penggambaran filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk dijadikan sebagai Jejak Warisan (Heritage Trails) bagi tujuan pelancongan, sejajar dengan matlamat Tahun Melawat Malaysia 2020.

(Boleh lihat kerusi ini secara dekat di Pustaka Peringatan P.Ramlee di Jalan Dedap Setapak).
Terima Kasih kami ucapkan atas kerjasama Guru & Pengetua di SK Hulu Kelang dan Penduduk Kg.Kemensah.

 

Sumber: Repair Gambar Lama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)