Siakap Keli

Mendiang Dr.Li Pernah Ditahan, Disaman Serta Diarah ‘Tutup Mulut’ Tentang Koronavirus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang doktor China yang dikatakan orang pertama memberi amaran tentang wabak penyakit Koronavirus ini. Doktor Li Wenliang diangkat menjadi ‘hero’ selepas kerajaan menyedari amaran yang diberikan adalah benar.

Susulan daripada kematian Dr Li Wenliang ini, satu perkongsian daripada Twitter mengatakan bahawa ketika ini di China sedang berkabung dan berasa marah dengan sikap kerajaan China.

“Rakyat di sana sedang berkabung dan marah teruk kepada kerajaan Cina”

Siapa Dr Li ni sebenarnya?

Dia adalah seorang Ophthalmologist di Hospital Besar Wuhan, dan dikatakan bahawa beliau adalah di antara yang pertama melaporkan mengenai kes wabak n-Cov ini kepada awam sejak bulan Disember yang lalu.

Nak jadi cerita amaran Dr Li ni viral..

Kisahnya mula pd 30/12/2019 apabila Dr Li bagi amaran kepada kawan²-kawan doktor di dalam group WeChat alumni medschool dia pasal 7 pesakit yang dikuarantin di tempat kerjanya yang dijangkiti penyakit seperti “SARS” yang dikaitkan dengan pasar seafood di Wuhan. Nak jadi cerita amaran Dr Li ni viral..

Tak sampai 3 hari lepastu, Dr Li pun kena summon dengan Polis Wuhan. Polis telah menuduh Dr.Li dan 7 lagi kawan dia yang juga doktor² sebagai menyebarkan khabar angin dan fake news yang boleh membahayakan publik. Siap masuk international news lah.

Pihak polis telah mengarahkan supaya dia untuk menandatangani surat ‘cease and desist’. Yang mana Dr. Li dan 7 orang kawan² dia diarahkan untuk tidak boleh lagi bersuara mengenai virus ini di media sosial atau mana-mana medium kerana akan menganggu ketenteraman awam.

Ada warganet Weibo buat translation, bagi siapa-siapa yang nak faham apa isi surat cease and desist yang ditandatangani oleh Dr Li sebelum dibebaskan pd 3/1.

Siap kena cop cap jari dan ada ayat pengakuan, “you acknowledge that you had broken the law and will stop spreading the rumor”.

Malangnya tak sampai seminggu dibebaskan, pada 10/1 dia mula batuk² dan selesema menunjukkan tanda² dijangkiti. Dimasukkan ke hospital pada 12/1. Bila kes n-CoV ni dah tersebar ke satu dunia, maka meletup lah cerita pasal Dr Li ni semula di internet dan media China.

31/1 Dr Li, update akaun socmed dia dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya. Besoknya, pada 1/2 dia akhirnya telah di diagnosed dengan 2019 n-CoV. Lepas dah kecoh cerita Dr Li ni barulah kerajaan China mengaku yang mereka tidak menyebarkan fake news.

Pada tanggal 6/2, Dr Li akhirnya meninggal dunia meninggalkan ibu bapanya (juga dijangkiti) yang sudah tua dan seorang anak dan isteri yang sedang pregnant 5 bulan. Bergegarlah satu China, rakyat mempersoalkan kenapa virus tak dikesan lebih awal dan cara kerajaan wilayah.

Polis Wuhan yang dilihat tidak cekap dalam menangani isu Virus tersebut dan ketidakadilan dan layanan terhadap Dr Li sebelum ini.

Mengangkat Dr Li sebagai hero

Warganet China mengangkat Li sebagai hero sebab berani ambik risiko menjadi ‘whistleblower’ bila mana tak ada yang lain berani untuk berbuat demikian.

Malah untuk mengelakkan kekecohan di media sosial China selepas berita kematian Dr Li, disahkan meninggal dunia oleh media-media rasmi. Kerajaan China telah terpaksa mengarahkan Dr Li untuk dipasangkan semula life support dan menarik balik berita kematiannya

Namun beberapa jam selepas itu, Dr Li akhirnya dilaporkan meninggal dunia dan di malam kematiannya pada 7/2, netizen Wuhan mencadangkan untuk membunyikan wisel supaya berkemundang diseluruh Wuhan sebagai satu penghargaan kepada Dr Li si ‘Whistleblower’.

Pelbagai # yang berkaitan dengan Dr Li juga telah di censored oleh kerajaan China untuk cool things down. Latest censored on Weibo: #不能不明白 (can’t fail to understand) “Tonight, let me blow the whistle for Wuhan.” “Wuhan government owes Dr. Li Weiliang an apology#

Tular di Beijing seorang lelaki menulis di atas salji, “Selamat Tinggal Dr Li WeiLiang!”

Apapun, sama ada perkara ini benar atau tidak suatu yang pasti, Dr Li tidak akan dilupakan oleh rakyat China dan bunyi wisel serta laungan ‘安息,李医生’ akan terus berkumandang di seluruh bandar Wuhan pada malam ini.

 

Smber: Khairul Azri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.