Siakap Keli

Terkini: Lelaki Dari Wuhan Dijangkiti Koronavirus Di Malaysia, Disahkan Pulih Sepenuhnya

Selepas berita kes jangkitan warga tempatan positif koronavirus disahkan KKM sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah mengesahkan kes ke-10 positif koronavirus yang menjangkiti seorang lelaki dari Wuhan sudah sembuh sepenuhnya.

Menurut Noor Hisham, pesakit sebelum ini diisolasi di wad Hospital Kuala Lumpur dan menerima rawatan bagi gejala (sympthomic treatment) diberikan tanpa ubat antiviral.

2 kali ujian koronavirus  pada 7 dan 8 Februari telah disahkan negatif. Pesakit telah dibenarkan pulang petang ini, tambahnya lagi.

Sumber: Datuk Noor Hisham Abdullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)