Siakap Keli

11 Kawasan di Jajahan Kota Bharu Alami Gangguan Bekalan Air

KOTA BHARU, 10 Feb — Sebelas kawasan di jajahan Kota Bharu hari ini mengalami gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi tadi susulan kerja penyelenggaraan yang dijangka selesai dalam tempoh 24 jam.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan air itu ekoran kerja pembaikan paip air yang bocor di Medan Telaga Kota melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Puteh.

Kawasan terjejas ialah Wakaf Mek Zainab, Wakaf Ahmad Panglima, Merbau, Kuala Besar, Semut Api, Kijang, Kedai Buloh, Wakaf Siku, Jalan Sultanah Zainab, Telipot dan Paya Senang.

Pengguna boleh menghubungi talian aduan 15777 atau WhatsApp ke 019-5755777 untuk sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai gangguan bekalan air.

Sumber : BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.