Siakap Keli

Ditertawa Kerana Basuh Taman Permainan, Niat Pakcik Ini Hanya Mahu Elak Kanak-Kanak Kena Jangkitan

Virus Corona telah menyerang ribuan orang di berbagai negara dan meragut ratusan nyawa. Penyakit infeksi yang sedang tular ini, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah penularan coronavirus.

Orang ramai khususnya dinasihatkan selalu mementingkan penjagaan kebersihan yang tinggi suapaya dapat melindungi orang ramai daripada jangkitan virus ini.

Baru-baru ini, seorang pemilik akaun face bernama Mustaqim Kumar Abdullah Sooria berkongsi usahanya yang mencuci taman permainan di sebuah kawasan perumahan.

Menurutnya, ramai yang tertawa dengan perbuatan beliau mencuci taman permainan kanak-kanak di sekitar kawasan perumahannya.

‘Virus Corona telah menyerang ribuan orang di pelbagai negara dan negara kita, menelan ratusan jiwa yang terkorban dek angkara jangkitan ini. Ini ada lah salah satu pencegahan agar tidak terkena penyakit infeksi yang sedang tular dan menjadi wabak kepada kanak-kanak dan anak-anak kita.

‘Saya telah membuat inisiatif secara sukarela dengan niat ingin membantu masyarakat kawasan penduduk Bukit Jelutong agar kita tidak pandang remeh terhadap penyakit Virus Corona,’ ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan memakai penutup mulut ketika berada diluar rumah atau di tempat awam dan sentiasa memakai hand sanitizer.

Sumber : Mustaqim Kumar Abdullah Sooria

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul