Siakap Keli

Faith Fleur Rai Sambutan Ulang Tahun Ketiga

Jenama produk penjagaan rambut Faith Fleur menyambut ulang tahun ketiga dalam majlis Anniversary 2020 Gala Award Faith Fleur yang diadakan di Waterfront Hotel di sini semalam, 09/02/2020

Acara gilang gemilang itu membawa tema ‘masquerade’ buat julung kalinya diadakan di Sarawak dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada kakitangan CtyMary Resources Sdn.Bhd, rakan kongsi eksekutif, stokis, ejen dan dropship.

Objektif utama majlis itu diadakan adalah bagi menyampaikan anugerah kepada semua rakan kongsi eksekutif, stokis, ejen dan dropship yang berjaya melepasi sasaran jualan pada tahun lalu selain memberi penghargaan kepada kakitangan CtyMary Resources Sdn.Bhd yang bertungkus-lumus mengukuhkan kedudukan dan jenama Faith Fleur sepanjang tiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CtyMary Resources Sdn.Bhd merangkap pengasas Faith Fleur, Puan Siti Mariam Abdul Samad berkata, menjelang akhir tahun ini, Faith Fleur mensasarkan peningkatan nilai jualan sebanyak RM 30 juta.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh tiga tahun ini, Faith Fleur semakin mendapat tempat di hati pengguna dan dikenali ramai. Oleh itu, majlis Anniversary 2020 Gala Award Faith Fleur dianggap sebagai satu platform yang baik untuk kami memberikan penghargaan kepada semua kakitangan, rakan kongsi eksekutif, stokis, ejen dan dropship yang terlibat membantu meningkatkan jualan saban tahun. Oleh yang demikian, pada tahun ini, sasaran nilai jualan ditingkatkan sehingga 43% berbanding tahun lalu berdasarkan prestasi yang dipamerkan oleh mereka”, katanya.

Sementara itu, majlis sambutan ulangtahun Faith Fleur yang ketiga ini turut mengambil kesempatan melancarkan serta memperkenalkan produk premium Leaf yang juga di bawah syarikat CtyMary Resources Sdn.Bhd, iaitu Leaf Hair Vitamin.

Tablet kunyah perisa berry itu diformulasi khas untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Ianya mengandungi bahan antioksidan seperti ekstrak biji anggur, badam dan bayam bagi membantu sel-sel melawan radikal bebas yang boleh merosakkan folikel rambut.

“Semoga dengan keluaran Leaf Hair Vitamin ini dapat membantu dan memberi ilham dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap semua jenama dan produk yang dikeluarkan oleh CtyMary Resources Sdn.Bhd lebih berkualiti dan dapat memenuhi permintaan pengguna. Selain itu, marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha untuk memacu kejayaan dengan mensasarkan lebih banyak anugerah selain pengeluaran produk yang standing dan mampu berdiri seiring dengan jenama sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CtyMary Resources Sdn.Bhd, Puan Siti Mariam Abdul Samad.

Hadir sama pada majlis Anniversary 2020 Gala Award Faith Fleur, Ketua Pegawai Operasi CtyMary Resources Sdn Bhd, Tuan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam.

Nur Farra