Siakap Keli
Kredit: Google

Jumlah Kematian Akibat Koronavirus Lepasi Angka 900, Kes Positif Terus Bertambah

Jumlah kes koronavirus di China terus meningkat sehingga 40,235 kes sah positif manakala 23,589 kes disyaki koronavirus.

Semalam sahaja, sebanyak 3,073 kes dicatatkan di China. Seramai 36 individu disahkan positif koronavirus di Hong Kong, 10 di Macau dan 18 di Taiwan, lapor media tempatan, CGTN.

Sejumlah 909 kematian direkodkan dengan majoriti melibatkan pesakit di wilayah Hubei.

Sementara itu, seramai 3,283 pesakit telah dibenarkan pulang termasuk seorang pesakit masing-masing di Macau dan Taiwan.

Sementara itu, menurut laporan CNBC, pihak berkuasa tempatan sebelum ini menyatakan kebenaran untuk kilang memulakan kembali operasi yang terhenti akibat wabak pada Isnin.

Walaubagaimanapun, beberapa pihak tempatan mendesak syarikat terus tutup sehingga 1 Mac akan datang.

Di daerah Huangpu, pihak polis menyatakan syarikat-syarikat tidak dibenarkan beroperasi sebelum Mac tanpa kebenaran.

Sumber: CGTN, CNBC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.