Siakap Keli

Risau Dijangkiti Koronavirus, Warga China Dilapor Pakaikan Kucing & Anjing Dengan Topeng Muka

Kegusaran terhadap penularan wabak koronavirus masih menghantui warga China dan orang ramai di seluruh dunia.

Topeng muka kini menjadi barangan ‘buruan’ berharga bagi melindungi pemakai dari wabak yang tersebar dengan titisan bendalir dari badan pesakit.

Gara-gara takut virus menjangkiti haiwan kesayangan, pemilik haiwan di China mula memakaikan haiwan peliharaan mereka dengan topeng muka khas buat haiwan, lapor Metro UK.

Lantaran itu, jualan topeng khas untuk haiwan peliharaan turut dilaporkan meningkat mendadak.

Walaubagaimanapun, tindakan ini dibantah oleh badan perlindungan haiwan yang mendakwa virus tidak disebarkan melalui haiwan peliharaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan tiada bukti virus itu boleh menjangkiti haiwan peliharaan.

“Setakat ini, tiada bukti haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing boleh dijangkiti virus.

“Namun, adalah dinasihatkan untuk sering membasuh tangan dengan air dan sabun setelah bersentuhan dengan haiwan.

“Ini bagi melindungi pelbagai bakteria seperti E. coli dan Salmonella yang boleh dipindahkan antara haiwan peliharaan dan manusia,” tulis WHO.

Koronavirus kini telah membunuh lebih 900 orang dan menjangkiti lebih 40,000 mangsa di seluruh dunia dengan majoriti daripadanya berasal dari China.

Sebelum ini, beberapa pemilik haiwan dikatakan bertindak membuang haiwan peliharaan mereka ke luar tingkap bangunan gara-gara khuatir haiwan itu membawa virus.

Sumber: Metro UK

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.