Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Dia merupakan adik kepada pelawak Abam Bocey. Ali Puteh pernah menyertai program raja lawak musim ke- 6 bersama abangnya Abam yang merupakan anggota Bocey, kini. Ketika itu mereka dikenali sebagai Albob.
Terbaru, menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, pelawak yang berusia 31 tahun itu telah memuat naik status sedih tentang pemergian abang kandungnya yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.
https://www.instagram.com/p/B8XkbqLFfPQ/
‘Al-Fatihah terkejut aku ni, ya Allah semoga roh abam dicucuri rahmat’
https://www.instagram.com/p/B46Ogwnln6B/
Tidak sampai beberapa bulan kehilangan cahaya mata, Ali sekali lagi menerima khabar duka mengenai kekandanya yang meninggal dunia.
Ramai rakan artis serta penggiat seni tanah air turut terkejut dengan pemergian Abam. Memang besar dugaan yang menimpa Ali dan keluarganya. Kehilangan dua insan yang disayangi sungguh memberi kesan terhadapnya.
Abam telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey yang berusia lima bulan.
Sumber: IG Ali Puteh