Orang ramai kelihatan berpusu-pusu tiba ke Masjid Gombak Utara setelah van jenazah yang membawa Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 (Abam Bocey) tiba di pintu belakang masjid berkenaan untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Suasana suram dapat kelihatan menyelubungi perkarangan masjid di atas pemergian tak disangka pelawak terkenal industri seni Malaysia. Sahabat handai, saudara mara serta rakan artis turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri bernama Nor Hidayah serta seorang anak lelaki berusia lapan bulan yang bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Lintas langsung ketibaan jenazah beliau di Masjid Gombak Utara telah dikongsikan di laman Malaysia Gazette di laman Facebook mereka.
Jenazah Allahyarham Abam Bocey tiba di Masjid Gombak Utara untuk disembahyangkan dan seterusnya dikebumikan.
Posted by Malaysia Gazette on Monday, 10 February 2020
Sumber: Malaysia Gazette