Siakap Keli
Gambar: Fasha Sandha

(Video)”Terima Kasih Abam Masak Untuk Kami”, Fasha Kongsi Whatsapp Terakhir Sebelum Arwah Abam Meninggal Dunia

Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey meninggalkan kenangan buat rakan artis dan orang terdekat yang pernah bertemu dengannya.

Kebaikan dan jasa beliau pasti bakal dikenang mereka di sekeliling.

Selebriti, Fasha Sandha turut berkongsi rasa sedih atas pemergian Abam dan berkongsi tentang kebaikan hati allahyarham yang sudi masakkan makanan yang diidam khas buatnya.

Allahuakbar,

Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee. Lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.

Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu. Allahuakbar

Jom semua followers kesayanganku, mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernamaĀ  Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Dalam paparan skrin perbualan Whatsapp dengan Abam yang dikongsikan, Fasha bertanya berkenaan mi jualan Abam.

Biarpun tidak lagi menjual mi pada ketika itu, Abam tetap sudi masakkan khas buat Fasha.

Sumber: Fasha Sandha

Amira

Love yourself.