Siakap Keli

“Dia Maafkan Semua Orang Yang Kutuk Dia Gemuk,” PU Rahmat Dedah Perasaan Arwah Abam Bila Jadi Mangsa ”Body Shaming”

Sehari selepas pemergiannya, rakan artis dan sahabat terdekat masih menyebut-nyebut kebaikan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey).

Selepas Fasha Sandha, kini pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan pula tampil berkongsi amalan mulia allahyarham.

“Apa amalan Al Marhum Syed Umar?” tulisnya Di samping memuatnaik gambar sekitar solat jenazah Abam yang dipenuhi jemaah di setiap sudut masjid.

Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk. Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya,” tulis Rahmat.

“Dia melawan body shaming dengan bergaya. Masa dia sebut gemuk is Osem, ramai orang pertikai. Gemuk tak osem. Gemuk berpenyakit.

“Tapi korang tak paham. Bukan maksud dia untuk kekal gemuk. Tapi dia nak orang gemuk ada keyakinan diri. Selalu sangat orang gemuk dibuli dan dihina.

“Kemudian sebelum dia meninggal, dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa ? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan

Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum. Elok lah kau bertaubat,” pesannya.

Selain itu, Rahmat mendakwa Allahyarham sering turun ke program dakwah.

“Aku ingat lagi bila kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal. Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi

“Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan @shahrol_shiro. Ni dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah.

“Abam pernah sebut, dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia. Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling.

“Semoga kau Aman di dalam Alam Barzakh. Allahuma firlahu Warham Hu. Ya Allah ampunilah Syed Umar . Rahmati lah Syed Umar,” tulis Rahmat mengakhiri kirimannya.

View this post on Instagram

Sekitar solat jenazah Abam Bocey Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat. Apa amalan Al Marhum Syed Umar ? 1) Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya . Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk . Tapi dia tak marah Cuma dia marah bila orang kutuk Baby dia . Dia cakap . Kalau kutuk saya tak pe tp jangan kutuk anak dia 2. Dia melawan body shaming dengan bergaya . Masa dia sebut gemuk is Osem . Ramai orang pertikai . Gemuk tak osem . Gemuk berpenyakit . Tapi korang tak paham . Bukan maksud dia utk kekal gemuk . Tapi dia nak orang gemuk ada confidence diri. Selalu sangat orang gemuk di buli dan di hina . Kemudian sebelum dia meninggal . Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa ? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum . Elok lah kau bertaubat 3. Abam ringan diri pergi program Dakwah . Aku ingat lagi bila Kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal . Dia usahakan juga datang walaupun Bayaran tak tinggi Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku leh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam daj @shahrol_shiro . Ni dua pelawak Yang tak berkira kalau buat program dakwah 4. Abam pernah sebut , dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia . Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling Semoga Kau Aman didalam Alam Barzakh . Allahuma firlahu Warham Hu . Ya Allah ampunilah Syed Umar . Rahmati lah Syed Umar .

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat_official) on

Sumebr: PU Rahmat

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.