Siakap Keli

Jumlah Jangkitan Meningkat Jadi 8, UK Isytihar Koronavirus Serius & Mengancam Kesihatan Rakyatnya

Akhbar The Guardian pada Isnin melaporkan bahawa United Kingdom mengisytiharkan koronavirus sebagai bahaya dan memberi ancaman kepada kesihatan rakyatnya setelah kes jangkitan meningkat kepada 8 orang.

Berikutan pengisytiharan tersebut, Jabatan Kesihatan UK berkata, pihaknya boleh secara paksa menahan atau menempatkan mana-mana individu ditempat pengasingan jika pakar perubatan profesional mendapati mereka mungkin menghidap koronavirus.

Amaran terhadap virus yang berasal daripada wilayah Wuhan di China itu dikeluarkan selepas ia virus berkenaan dilaporkan tersebar dengan pantas dan pada masa yang sama saintis masih belum dapat menentukan tahap ancamannya kepada manusia.

Sehingga kini, dianggarkan lebih daripada 1000 orang sudahpun terkorban.

Kes-kes jangkitan terbaru yang dilaporkan berlaku di England semuanya melibatkan kenalan kepada seorang warga Britain yang disahkan positif koronavirus di Perancis.

Sumber : National Post, The Guardian

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.