Siakap Keli

“Memang Orang Sayang Kau Abam,” Video “SiKasih” Cecah Lebih Sejuta ‘View’ Dalam Masa Sehari

Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey yang telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi semalam. Pemergian pelawak terkenal itu telah membuatkan ramai orang khususnya ahli keluarga, sahabat handai serta peminatnya terkesan.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh salah seorang sahabat baik arwah yang juga merupakan ahli kumpulan Bocey iaitu Achey, beliau ada menyeru orang ramai agar mendengar satu lagu yang dinyanyikan oleh arwah di laman Youtube.

Ramai netizen yang telah mendengarkan lagu tersebut menzahirkan rasa sedih selepas meneliti lirik yang terdapat di dalam lagu tersebut.

Dalam masa sehari sahaja, video berkenaan telah mendapat tontonan sehingga melebihi 1 juta. Perkara tersebut juga turut dikongsikan oleh Achey melalui laman Instagram miliknya.

Menjengah ke halaman Facebook, rata-rata peminat dilihat berkongsikan video nyanyian Arwah Abam ke halaman Facebook masing-masing di samping berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Duit yang diperolehi nanti dari Youtube moga dapat membantu ibu yang sakit juga”

Setakat artikel ini ditulis, video nyanyian Arwah Abam hampir mencecah 1.5 juta tontonan di Youtube.

Moga dengan niat pertolongan kita yang kecil ini, dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Sumber: acheykintangkintung, Youtube

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa