Siakap Keli

(Video) Didakwa Untuk Elakkan Koronavirus Tersebar, Pekerja Di China Pukul Anjing Hingga Mati

Sekumpulan pegawai komuniti di China dikatakan memukul anjing jalanan sehingga mati kerana ingin mencegah koronavirus yang telah membunuh seramai 1,018 orang setakat ini.

Menerusi sebuah video yang disiarkan Daily Mail, seorang pekerja dapat dilihat berulang kali memukul seekor anjing dengan sebatang kayu.

Tindakan itu dilaporkan terjadi di sebuah kawasan kediaman di bandar Nanchong yang teletak di wilayah Sichuan, lapor aktivis.

Gambar: Daily Mail

Dua anjing jalanan telah dibunuh kira-kira jam 9 pagi berhampiran dengan Jalan Wenfeng, kata Penyelamat Haiwan Jalanan Nanching.

Klip video yang kedua pula memaparkan beberapa pekerja membungkus bangkai anjing yang dibunuh mereka.

Menurut aktivis tersebut, mereka telah dimaklumkan oleh pegawai komuniti tidak melepaskan anjing peliharaan berkeliaran di luar.

“Jika kami nampak mana-mana anjing berkeliaran di luar, kami akan memukulnya sehingga mati,” kata pegawai komuniti tersebut.

Gambar: Daily Mail

Kumpulan tersebut menyelar tindakan tidak berhati perut pegawai tersebut.

“Sepatutnya di waktu-waktu yang sukar ini, pejabat pengurusan serta pegawai komuniti memeriksa kejiranan, rekod kedatangan pelawat, mengawasi pesakit yang dikuarantin, serta meredakan trauma penduduk setempat daripada wabak ini.

“Sebaliknya, mereka tidak mempedulikan sifat cinta dan sayangnya penduduk setempat ke atas haiwan dan bertindak membunuh haiwan ini tanpa memberi notis dan meminta kebenaran terlebih dahulu.”

Seorang aktivis melaporkan kepada Daily Mail bahawa sukar untuknya masuk ke tempat kejadian ketika pembunuhan itu dijalankan kerana kawasan tersebut tidak membenarkan orang luar memasuki dengan senang ketika musim wabak ini.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa