Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) Pengantin Perempuan Didakwa Terima Hantaran Lebih RM 900 Ribu, Majlis Kahwin Pasangan Ini Jadi Viral

Makassar, 11 Feb – Seorang wanita menjadi sebutan netizen setelah didakwa menerima wang hantaran bernilai 3 miliyar rupiah (1 miliyar = 1,000 juta)  bersamaan kira-kira RM906,787.

Dalam majlis membincangkan persetujuan pernikahan antara kedua mempelai, calon pengantin lelaki dikatakan bersetuju memberi wang hantaran setinggi IDR3 miliyar kepada pihak perempuan.

Calon pengantin perempuan, Aqilla Nadya bakal dinikahkan dengan anak seorang usahawan dari Gowa pada April akan datang, lapor Makassar Terkini.

Kredit: Makassar Terkini

Aqilla juga dipercayai bakal menerima kereta, rumah dan berlian sebagai hantaran perkahwinan dari calon pengantin lelaki yang merupakan mantan Ketua Himpunan Pengusaha Muda (HIPMI) tempatan.

Acara tersebut turut dihadiri tetamu kenamaan, keluarga dan kerabat serta selebriti tempatan manakala majlis resepsi mereka bakal berlangsung pada 19 April akan datang di sebuah hotel tempatan.

Walaubagaimanapun menurut Tribun News, salah seorang ahli keluarga pihak perempuan menyangkal dakwaan pihak mereka menerima hantaran bernilai 3 miliyar rupiah.

“Itu tidak benar, wang hantarannya tidak begitu nilainya,” katanya seperti dipetik Tribun News.

Namun begitu, jumlah sebenar wang hantaran tidak dikongsikan kepada media.

Kredit: Makassar Terkini

Sumber: Makassar Terkini, Tribun News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.