Siakap Keli

(Video) Selepas Kebakaran Dasyat, Haiwan Di Australia Bertungkus Lumus Larikan Diri Daripada Banjir Pula

Selepas kebakaran dasyat yang melanda padang belukar di New South Wales, bumi Australia kini dilanda banjir yang dasyat pula.

Bencana terbaru ini berikutan jalan-jalan di Tasik Conjola di pantai selatan NSW telah berubah menjadi ‘sungai’ selepas hujan lebat melanda pada hujung minggu lalu.

Ketika kebakaran belukar itu berlaku, banyak hidupan seperti koala dan kanggaru terkorban. Pun begitu, masih ada yang terselamat selepas bertungkus lumus melarikan diri.

Ekoran banjir yang berlaku pula, haiwan ini sekali lagi perlu berusaha menyelamatkan diri mereka daripada tenggelam dek air banjir yang sedang meningkat.

Menerusi laman portal Daily Mail, seekor kanggaru dilihat sedang berusaha ‘melarikan diri’ daripada ditenggelami banjir.

Penduduk setempat terpaksa menggunakan bot-bot kecil serta kayak untuk melalui jalan tersebut manakala haiwan liar seperti kanggaru pula kelihatan melompat-lompat dan berenang bagi melintasi kawasan itu.

Hujan lebat tersebut telah dilaporkan turun hanya selepas 6 minggu Lake Conjola kebakaran yang memusnahkan hutan itu berakhir pada Malam Sambutan Tahun Baru, dimana sebanyak 89 rumah musnah dijilat api.

Sumber: Daily Mail  

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa