Siakap Keli
Kredit: Facebook

Wanita Hong Kong Datang KL Beli Pencuci Bleach, Stok Habis Di Negaranya Gara-Gara Koronavirus

Gara-gara panik dengan penularan koronavirus, bahan penjagaan kebersihan dan kesihatan kebanyakannya habis dijual di negara China.

Seakan sudah lama tidak melihat bahan pencuci, seorang warga Hong Kong baru-baru ini meluahkan keterujaannya melihat barangan tersebut di pasaraya.

“Lama tak nampak peluntur. Saya sangat teruja bila nampak barang-barang ini di atas rak,” tulis Sheila Chan di laman Facebook miliknya.

“Saya ke Kuala Lumpur untuk membeli cecair peluntur, tuala wanita dan semburan pembasmi kuman,” tambahnya.

Perkongsian beliau menerima pelbagai respon dari kalangan pengikutnya.

Ramai warga Singapura ke Malaysia untuk membeli barang

Ada juga antara mereka yang bertanyakan tentang barangan kebersihan dan kesihatan seperti peluntur serta topeng muka.

Masalah kekurangan topeng muka di China membuatkan ramai warga tempatan yang tampil dengan idea tersendiri.

Ada antara mereka yang ‘mengukus‘ dan mengguna semula mahupun membuat sendiri topeng muka biarpun belum disahkan menjamin perlindungan buat pemakai.

Sumber: Lanchi陳淑蘭

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.