Siakap Keli

2 Mangsa Positif Koronavirus Di Hong Kong, Virus Mungkin Tersebar Melalui Paip Udara – Pakar

Jangkitan kes koronavirus atau COVID-19 dari manusia ke manusia masih berada dalam kajian kerana banyak maklumat masih belum dapat dipastikan bagaimana jangkitan tersebut boleh terjadi.

Namun di Hong Kong, menjadi kebimbangan ramai apabila beberapa dakwaan tular bahawa paip di dalam bangunan telah menyumbang kepada penyebaran virus berkenaan.

Dua kes telah dilaporkan semalam di mana kedua-dua mangsa tinggal di dalam bangunan yang sama tetapi di tingkat yang berbeza.

Oleh itu, penduduk telah diarahkan untuk mengosongkan sebahagian bangunan tersebut.

Sekumpulan pakar dan jurutera telah dikerahkan untuk memasuki bangunan itu semalam bagi memastikan keselamatan paip udaranya, selepas Ketua Eksekutif Bandar, Carrie Lam, menyatakan bahawa kerajaan akan menyiasat sama ada virus itu disebarkan melalui sistem perpaipan.

”Memandangkan saluran paip yang memindahkan najis bersambung ke paip udara, kemungkinan besar virus yang berada dalam kotoran itu dipindahkan melalui kipas udara ke dalam tandas,” kata Yuen Kwok-yung, Ketua Penyakit Berjangkit di Universiti Hong Kong.

Tambah beliau lagi, laluan ‘penghataran’ virus berkenaan masih belum jelas, namun pemindahan sebahagian penduduk daripada bangunan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi mereka.

Empat lagi penduduk yang tinggal di dalam bangunan sama telah menunjukkan tanda-tanda virus dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)