Siakap Keli

23 Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Berita Tidak Sahih Covid-19 – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan Covid-19 di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 23 kes.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari berkata kertas siasatan baharu itu melibatkan satu kes di Tumpat, Kelantan.

“Setakat ini, tiga kes telah dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada Bernama.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan dengan jangkitan Covid-19.

Bermula semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai nama rasmi bagi penyakit virus korona 2019.

Sumber : BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.