Siakap Keli

6 Sebab Anda Kena Pertimbangkan Sebelum Beli Rumah Impian Di Awal Perkahwinan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan sebuah rumah tangga yang serba lengkap seperti tempat tinggal, kenderaan dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi ini mungkin banyak yang perlu kita berjimat. Keperluan dalam menjalani kehidupan sering gagal dalam memenuhi impian untuk memiliki rumah sendiri.

Ini adalah beberapa tips daripada pakar hartanah Azizul Azli Ahmad untuk dikongsi:

1. Diawal perkahwinan hanya kita berdua yang tinggal. Memadai kediaman kecil sahaja.

2. Biaya duit bagi kediaman impian menggunung banyaknya. Bilik yang kita guna cuma satu sahaja, mertua bukan datang setiap hari. Anak belum ada lagi.

3. Semakin besar kediaman pertama kita, Ia menghalang kita untuk ada dana kecemasan dan pelaburan masa depan nanti.

4. Kita cenderung habiskan wang untuk jaga persekitaran dan ‘mengceriakan’ ruang.

5. Banyak ruang yang kita akan bazirkan kemudian, jauh sekali kita dapat buat pelaburan.

6. Mulakan dengan kediaman kecil, sederhana dan bukan rumah agam yang ada kolam.

Biar kecil kediaman kita, asal bahagia sepanjang zaman. Dari rumah macam hindustan, hutang rumah keliling pinggang.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.