Siakap Keli
Gambar : Google

COVID-19 : Airbnb Gantung Semua Tempahan Di Beijing Sehingga Hujung April

Airbnb dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia telah memanjangkan tempoh menggantung semua tempahan di Beijing sehingga 30 April, sebagai langkah mengelak penularan koronavirus di China.

”Sebagai usaha mengawal penularan Novel Koronavirus, kami akan mematuhi panduan tambahan yang dikeluarkan untuk industri semasa darurat kesihatan awam ini,” kata kenyataan tersebut.

Semua tempahan pelanggan yang dibatalkan, akan dikembalikan semula.

Sebelum ini, Airbnb mengumumkan penggantungan di Beijing sepanjang bulan Februari, memetik ”panduan rasmi yang terpakai bagi semua syarikat dalam industri sewa jangka pendek.”

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)