Siakap Keli

Janji Nak Bayar “Online”, Lelaki Ini Dipercayai Tipu Restoran, Beli Sate 400 Cucuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau bercakap bab ‘scammer’ pasti ramai yang pening kepala. Sebab apa? Ramai yang menjadi mangsa penipuan gejala ini. Mereka bebas menggunakan hasil orang lain untuk kesenangan sendiri. Pelbagai teknik-teknik licik yang mereka lakukan sehinggakan ramai yang terpedaya.

Selalunya kita cuma dengar orang jadi scammer akan menyamar sebagai pegawai di mana-mana firma terkemuka. Akan tetapi lain pula kali ini, ada yang menyamar sebagai pembeli makanan.

Menurut Aqil Azhan berkata, dia sebagai pengurus restoran tersebut berasa terkilan dengan individu yang tidak bertanggungjawab ini menipu sebanyak RM 630.70.

“Nilai yang banyak bagi aku”

Dapat panggilan nak order 400 cucuk sate…

Aku kerja as pengurus restoran sate 14.01.2020 jam 10.30 malam dapat panggilan nak buat tempahan sate 400 cucuk berjumlah Rm 630.70 nak ambil dalam masa satu jam. Cashier bagitau aku, pelanggan ni nak bayar guna online transfer. Jadi aku call la dia then bagi detail akaun.

Dalam 11.20 macam tu dia buat transaksi dan nak jumpa aku kat kawasan parking. Then, dia bagitau dia tertransfer 2 kali rm 600 X 2, so total RM 1200. Aku check resit memang ref no dia berlainan. Dia minta aku pulangkan baki yang terlebih tu cash malam tu jugak.

Tapi aku tak boleh nak bagi sebab aku kena refer pihak akaun dulu untuk confirmkan duit tu betul ke masuk 2 kali. Lepas tu selamatlah sate tu dengan pelanggan ni. Ni, aku tunjuk 2 resit yang dia bagi malam tu.

Esoknya, aku ke office untuk check transaksi dalam akaun, Allah je tau macam mana jatuh jantung aku masa tu bila tau duit xde masuk pun amount tu. Terus call customer tu, Alhamdulillah dapat call. Tapi bercakap dengan dia tak sampai 15 saat terus dia tutup call.

Setelah berhari-hari push, yes dia mengaku tak de tolakan dalam akaun dia. So aku desak dia untuk buat bayaran macam mana company desak aku untuk dpatkan duit tu. Dan ‘scammer’ ni buat cubaan kedua untuk menipu aku. Buat satu lagi transaksi yang kali aku tak mudah ditipu.

Cubaan call dia berhari-hari berpuluh kali untuk desak dia buat bayaran. Macam-macam jugak la alasan dia untuk x bercakap lama dengan dia. Tengah drive la tengah kerja la tengah sibuk la. Ada satu kali, dalam perjalanan ke bank dah dia tiba-tiba diberitahu ayah dia meninggal Kalau betul takziah kalau tipu entahla.

Lepas berhari hari aku stress pasal dia ni dan ugut mcm2 asalkan aku boleh dptkan balik duit ni. Alhamdulillah dia buat bayaran RM 240 ke akaun aku *itu lepas dah dapat no plat kenderaan dah dapat nama penuh dia dan dapat alamat*

Minta tolong sgt-sangat. Lepas dia dah settle bayar aku delete tweet ni. Dah cuba nak elak dari post tapi peluang dah bagi hampir sebulan tapi terus mengelak mcm tu aihh.

Makanan pun org sanggup menipu. Jadi darah daging dah. Minta jasa baik semua ye…

Dalam masa yang sama, Aqil memberitahu bahawa ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan lelaki ini. Lelaki ini juga menggunakan nama lain untuk penipuan.

 

Sumber: Aqil Azhan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)