Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Lelaki Tergamak Perkosa Wanita Berusia 51 Tahun Yang Disangkanya Seorang Gadis

Kerana tidak bertemu dengan perempuan dalam tempoh sebulan, seorang lelaki tergamak merogol seorang wanita yang tidak disangka berusia 51 tahun.

Lelaki yang berasal daripada Padang Ratu, Indonesia yang berumur 26 tahun kini berjaya ditahan pihak polis.

Menurut Ketua Polis Gading Rejo, AKP Anton Saputra, perbuatan tersebut dipercayai dilakukan di sebuah kawasan sawah pada Sabtu (8/2/2020) kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.

“Hasil siasatan awal yang dilakukan, suspek telah mengaku merogol mangsa yang berusia 51 tahun,” katanya ketika dihubungi Kompas pada Selasa (11/2/2020).

Gambar: jpnn.com

Pemerkosaan tersebut didakwa terjadi ketika mangsa pulang daripada sawah seorang diri. Dalam perjalanan pulang, mangsa telah terserempak dengan dua orang pemuda yang sedang memancing.

Pada awalnya, mangsa telah menyapa suspek ketika dia berjalan melepasi dua pemuda tersebut. Difahamkan, mangsa tidak mengenali kedua-dua mereka itu.

Selepas mangsa berjalan kira-kira 50 meter melepasi suspek, mangsa telah dikejar dari belakang dan mulutnya disumbatkan dengan selendang. Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh ke dalam semak.

“Mangsa sempat meminta tolong, namun suspek menutup mulut mangsa menggunakan selendang milik mangsa. Selepas dari itu, suspek bertindak merogol mangsa,” kata Anton.

Setelah merogol mangsa, suspek melarikan diri kerana mangsa kembali menjerit meminta tolong. Selepas kejadian, mangsa terus melaporkannya ke Balai Polis Gading Rejo berkenaan dengan nasib yang menimpa dirinya.

Menurut Anton, daripada pengakuan suspek, dia baru tahu bahawa mangsa yang dirogolnya itu adalah seorang nenek.

Suspek mengaku ‘berminat’ ketika mangsa menyapanya berikutan dengan sudah sebulan tidak pernah bertemu dengan kaum wanita.

“Suspek telah tinggal di sebuah kebun kerana bekerja di sana. Suspek juga tidak pernah bercampur dengan masyarakat sekitar,” kata Anton.

Menurutnya, suspek telah ditahan di tempat dia bekerja pada Sabtu (8/2/2020) 4 jam selepas kejadian tersebut dilaporkan.

Suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksima 12 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Kompas

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa