Siakap Keli

Mufti Kedah Perjelas Hukum Pamer Imbasan Janin Dalam Kandungan Untuk Tatapan Umum

Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman telah memutuskan hukum mempamerkan imej imbasan janin dalam kandungan untuk tatapan umum pada 17 November 2019 sebagai makruh tonzih.

Menerusi kenyataan daripada fatwa tersebut, imej yang terhasil itu adalah bersifat sangkaan semata-mata dan bukan hakikat sebenar. Sekiranya seseorang itu meyakini imej janin tersebut sepenuhnya, akidahnya berkemungkinan akan terjejas.

Kaedah imbasan janin dalam rawatan maternity pula pada asalnya harus atas maslahah memelihara nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Itupun hanya jenis imbasan ultra sound 2D sahaja had keharusan yang dibenarkan oleh syarak. Sekiranya perlu menggunakan jenis imbasan ultra sound selain 2D (3D, 4D, 5D dan lain-lain), perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar muslim terlebih dahulu.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah juga turut mengingatkan kaum wanita untuk menyimpan gambar janin dalam kandungan bagi menjaga maruah serta adab seorang muslimah serta menghayati sifat mahmudah.

Selain dari itu, Jawatankuasa Fatwa turut menasihatkan semua pihak supaya cukup hanya menzahirkan dan berkongsi kegembiraan atas nikmat tersebut bersama mahram, ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat sahaja.

HUKUM MEMPAMERKAN IMEJ IMBASAN JANIN DALAM KANDUNGAN UNTUK TATAPAN UMUM

Posted by Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kedah on Tuesday, 11 February 2020

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kedah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.