Siakap Keli
Gambar : Google

Nigeria Keluar Amaran Diserang Wabak Aneh, 15 Orang Maut Dalam Tempoh Kurang Seminggu

Kerajaan Nigeria telah mengeluarkan amaran mengenai ‘wabak aneh’ di mana ianya telah meragut 15 nyawa dan menyebabkan puluhan lagi dijangkiti dalam tempoh kurang dari seminggu.

Penularan penyakit misteri itu direkodkan berlaku pertama kali pada hujung bulan lalu di Benue State, bahagian tenggara ibu kota Abuja.

Penduduk yang terlibat mula menunjukkan gejala seperti muntah-muntah, berpeluh dan cirit-birit.

Menurut Senator Abba Moro, jumlah mereka yang dijangkiti oleh wabak aneh itu setakat 3 Februari lalu, telah meningkat kepada 104 orang.

Malah, didapati kesemua bilangan mereka yang maut adalah dalam tempoh 48 jam setelah dijangkiti oleh wabak berkenaan.

Pelbagai pihak turut menggesa Kementerian Kesihatan negara itu untuk menghantar pakar ke pusat penularan wabak tersebut bagi mendapatkan maklumat wabak dengan lebih lanjut.

Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC) juga turut digesa menubuhkan langkah-langkah pengawasan bagi mengelakkan penyebarannya.

Sumber : Independent

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)