Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pakar Dakwa Covid-19 Mempunyai 96% Persamaan Dengan Bakteria Dalam Gua Kelawar 16 Tahun Lalu

Wabak Koronavirus yang kini dikenali dengan nama Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini didakwa berasal daripada gua kelawar yang ditemui saintis China 16 tahun lalu, lapor pakar.

Pengkaji daripada Institut Virologi Wuhan telah berjaya membuktikan kaitan virus SARS dan kelawar buat pertama kalinya dalam kajian pada 2004 selepas memasuki sebuah gua di daerah Yunnan.

Mereka telah mengambil sampel tahi kelawar dan menemui bahawa haiwan ini merupakan pembawa ratusan lagi jenis koronavirus.

Gambar: Daily Mail

Ahli virologi yang juga ketua penyelidikan, Shi Zhengli, kini mendedahkan bahawa salah satu virus yang ditemui hampir sama dengan virus yang sedang meragut ribuan nyawa rakyat China.

Hasil ujian yang dilakukan pada 2004 mendapati bahawa virus yang ditemui pada sampel tahi kelawar yang diambil itu hampir 96 peratus sama dengan Covid-19.

Setakat ini, Covid-19 telah membunuh lebih dari 1,000 orang dan telah menjangkiti lebih 45,000 orang di seluruh dunia sejak virus ini tercetus pada penghujung Disember lalu.

Gambar: Daily Mail

Saintis percaya bahawa virus ini telah tersebar daripada haiwan ke manusia di sebuah pasar di bandar Wuhan dimana wabak ini mula-mula tercetus.

Walaupun begitu, mereka masih belum mengenal pasti lagi berkenaan dengan haiwan apa yang menyebabkan virus ini tersebar. Kelawar sememangnya terkenal sebagai salah seekor haiwan yang menjadi pembawa koronavirus, jadi mereka sudah dari awalnya menyenaraikan haiwan itu bersama-sama dengan ular dan tenggiling.

Kelawar Ladam Borneo (Horseshoe) adalah antara salah satu spesis yang dikaji dalam tempoh 5 tahun selepas pasukan Professor Shi kembali ke gua tersebut untuk mengkaji kali yang kedua pada 2005.

Gambar: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa