Siakap Keli
Foto: Facebook

Remaja Mohon Maaf, Muatnaik Video ‘Cara Sebarkan Koronavirus’ Dalam Botol Air Di Pasaraya

Wabak Koronavirus atau nama baharu Covid-19 semakin menular di serata dunia. Seluruh masyarakat semakin berhati-hati dengan wabak tersebut lebih-lebih lagi sangat mudah dijangkiti melalui air liur.

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang remaja Singapura membuat onar di sebuah pasar raya. Perbuatan membuka bekas minuman di pasar raya tersebut sangat tidak bertanggungjawab.

Dengan kapsyen di video, “Bagaimana untuk sebarkan virus Wuhan”. Jelas menunjukkan tindakan remaja ini seperti bahan jenaka.

Menurut laporan Mothership, mereka telah mengemukan permohonan maaf dan membayar harga minuman tersebut. Ia hanyalah satu jenaka. Tindakan mereka menjadi bualan di media sosial.

Hal ini kerana, sensitiviti masyarakat yang meningkat dalam hal kebersihan untuk menangani wabak virus ini.

“Saya mohon maaf kerana memuat naik video seperti ini tetapi saya sudah membayar minuman tersebut. Saya tahu ia salah kerana menyiarkan perkara ini tetapi saya ada bukti pembayaran. Saya mohon maaf sekali lagi.”

Bukan itu sahaja pihakĀ  pasar raya itu juga telah memberi penjelasan mengenai video yang tular tersebut.

“Kami faham mereka yang bertindak itu telah memohon maaf secara terbuka dan mereka telah mewngambil bekas minuman tersebut dan membayarnya.

Bagaimanapun, kami memandang serius tentang perbuatan ‘prank’ tersebut kerana ia menyebabkan tidak baik untuk orang awam dan memburukkan lagi keadaan koronavirus.

Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan kami memohon untuk orang ramai tidak lagi menyebarkan video ini untuk mengelakkan sebarang masalah.”

 

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)