Siakap Keli
Gambar: Nytimes.com

Vaksin Bagi Covid-19 Dapat Disediakan Dalam Tempoh 18 Bulan – WHO

Wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa kini semakin membimbangkan ekoran jumlah kematian daripada penyakit ini telah melebihi 1000 orang. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengurangkan jangkitan dan virus ini daripada terus tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksin pertama yang digunakan untuk Covid-19 hanya boleh didapati dalam tempoh 18 bulan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan perkara tersebut di samping memberi peringatan untuk menggunakan segala usaha bagi menangani wabak ini.

Gambar: CGTN

Tambah Tedros, pembangunan terhadap vaksin dan terapeutik merupakan salah satu bahagian penting dalam agenda penyelidikan, namun ianya bukanlah satu-satunya bahagian yang perlu dilakukan. Disebabkan itu, para pakar perlu mengambil masa yang lama bagi menghasilkan satu vaksin yang benar-benar berkesan.

Jurucakap WHO, Christian Lindmeier berkata, terdapat tiga peringkat utama dalam menghasilkan vaksin. Pasukan penyelidik mesti terlebih dahulu mengenal pasti “komponen terbaik” untuk vaksin yang mengambil tempoh yang agak lama. Kemudiannya, vaksin tersebut akan diuji pada haiwan dan juga manusia. Sekiranya ia berhasil, vaksin tersebut akan dikeluarkan dengan lebih banyak yang mana boleh mengambil tempoh enam hingga sembilan bulan.

Gambar: CGTN

Sumber: CGTN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa